Think 4 a while



Salam korang :D
Pejam celik pejam celik dah hari Khamis
selang satu hari dan FINAL EXAMMMM ! 
dup dapnya hati Allah jelah yang tahu. . hehe
Dan dikala sibuk mengulang kaji ilmu2 dunia yang dah dipelajari
tak lupa jugak cik Qira kejar ilmu akhirat
And pagi tadi sempatlah bertemu dengan Kak Sakinah,Aisyah,Yaya,Kak Siti dan Hamidah
Kami berkumpul dekat surau kolej pagi tadi utk aktiviti usrah.
USRAH ?
bukak kamus dan cari maknanya ya (: 
Tadi cik Qira bentangkan tazkirah :
Konsep Menutup Aurat


Cik Qira mula merajinkan diri hadir untuk aktiviti usrah masa sem 2 ni
Habiskan masa dengan aktiviti yang berfaedah memang seronokkan?
Macam-macam ilmu kita dapat.
Daripada kita melepak tak tentu hala
lebih baik kita dekatkan diri dengan DIA.
Bila cik Qira renungkan balik
memang agama Islam adalah agama yang terbaik
nak tau kenapa?
sebabnya agama Islam agama yang mulia
Islam juga agama yang cintakan kedamaian.
Bagi mereka yang mendapat hidayah kerana lahir sebagai seorang Islam,
bersyukurlah
dan bagi mereka yang belum dapat mengenali Islam
berusahalah
Allah itu sangat menyukai hambaNya yang mencari keredhaan dan keberkatan hidup
Jadi,selalu mulakan sesuatu dengan nama Allah 
*tapi jangan pulak yang tak baik korang nak buatkan,jangan dosa tau (: 

Rajin-rajinlah melakukan amal ibadah dan selalulah bersedekah 
Buat baik berpada-pada ,tapi buat jahat jangan sekali
sekian :D 
may peace be upon you .



No comments:

Post a Comment